Pages

Tuesday, July 17, 2012

Last entry for today - Tudung macamana sesuai dengan muka saya?

retrieve dari blog, jomcantik.com

Pemilihan Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka
Bentuk Muka Oval
Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval. Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak/Kotak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi,disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening . Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval. Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat
Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi. Mereka yang mempunyai bentuk muka inidisarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.



** muka aku bulat ke petak kotak eh? :D definitely bukan panjang or segi tiga huhuhu...

GALAXY TAB 2

TERIMA KASIH KAKYANG BAGI GALAXY TAB 2. HuHuHu... Terima Kasih daun keladi, nanti nanti bagi lagi.. :D..

what i got from u tube ?..

Lately, i spent most of my free time especially at nite watching movie from youtube. there's a lot of good movies and im loving it.... i just want to share some of the best movies.

The Ultimate Gifts.
The Lost Valentine -- superb... best giler..
Teen Spirit
Lying to be perfect - with the 'hensemes' adam kauffman :D
Marry Me
She Devil
Secret at Arrow Lake
Finding a Family
Loving Leah
Northern Light
The Love Letter
Elevator Girl
The wedding date..

and many many moreeeeee especially from Hallmark..
go check it out :D.......

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

5 more days to go. Ramadhan datang lagi. Setiap kali ramadhan mesti teringat masa kecik2 dulu. Seronok puasa, tunggu waktu berbuka dengan keluarga.. mama masak macam2 lauk, buah tembikai, air cincau.. those were the day.

now dah ada family sendiri, sendiri jadi mama untuk masak macam2 lauk untuk anak2 dan husband. insyaallah, tahun ni nak ajar harees berpuasa. semoga allah beri jalan yang mudah untuk didik anak nak puasa ni. bukan senang since harees suka sangat makan :D hehehe... mcmana la agaknya nanti.. harap allah bagi aku kesabaran dan kecekalan... lately mudah sangat hilang sabar. hormon kurang stabil... (alasan :D)..
as for my lil baby imman (which is not a baby anymore haha).., tak mungkin la kot nak suruh dia puasa jugak, rasa dia cam kecik sangat lagi.. mayb nextyear...

bercita cita dalam hati ni nak bertudung, dari sehari ke sehari tangguh.. mungkin ramadhan kali ni beri kekuatan untuk aku berhijrah. ya allah buka lah hati ku dan tetapkanlah ia agar mengikut ajaranmu. amin.


Robe and Graduation Hat


.......................... lebih kurang setahun yang lepas, masa my post- grad aka master graduation ceremony, harees n imman dapat bersama dalam dewan. bertuah sungguh sangat rasa sbb beside my ayah n mama, my husband, my kids and my sister jugak ada dalam dewan menyaksikan hari penuh sejarah dalam hidup i (cehhhh.. :D..) maklumla SPM pangkat 2 je but i managed to finished my study until master level with a good CGPA. thanks to ALLAH. alhamdulillah. 

anyway, disebabkan itu, harees sangat bercita-cita untuk pakai jubah n topi graduation tu. keep on asking me, bila dia dapat pakai... hehe.. and today.. his dream came true kekeke... today harees ada sessi photography for 6yo. excitednya dia sbb dapat pakai jubah n graduation hat macam mami kate dia :D.. ohhh harees.... 

im so glad that i set a good example to them.. alhamdulillah...


Monday, June 25, 2012

MY Jimm's BIRTHDAY!..


Happy Birthday TO MY DEAR HUSBAND, peneman di kala suka dan duka...
15years dah celebrate birthday together kan? kan kan??. I LOVE U bang.. u sangat istimewa..
semoga Allah panjangkan umur u, lipatgandakan rezeki kita, dan kita bahagia hingga kehujung nyawa.

My sis, My kids plan nak surpriseeeeee dinner at home this year... so jomla setat masak pape yg patut :D..

Friday, May 25, 2012

First Entry.

After spending lots of time browsing through blogs- I finally decided to open one of my own.
tadaaaaaaaa *smile from ear to ear*


Haven't a clue what to say. Never thought I'd be keeping one of these, but there's a certain... hmmm.. shall i use a word.. temptation?? haha, even though it's not likely to get read hehehe... but here i am.. trying hard to find suitable word to express my feeling :D...



 

Copyright © The Keeper. Designed by Whitey Mommy